“"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"--- " Peperiksaan ulangan untuk pelajar-pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 Sem 7 (Unit K), PPG Sem 8 dan PPG Sem 7 akan diadakan pada 7 Ogos 2015"--------- Pertandingan Kreatif dan Inovasi Pendidikan 2013 IPGK Ipoh: 4hbJulai 2013.Sila hadir beramai-ramai.------- Dengan segala hormatnya dijemput semua Warga IPG Kampus Ipoh ke Majlis Jasamu Dikenang, Puan Robiah Ramli (Pembantu Am Pejabat) di Unit Grafik seperti ketetapan berikut :- Tarikh : 5 Julai 2013 Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis tersebut. Sekian, terima kasih.

Sunday, January 3, 2016

PENDAFTARAN KURSUS PEPERIKSAAN MEI 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada:
1.PPISMP Sem 2 (Unit R)
2.PISMP Sem 2 (Unit Q)
3.PISMP Sem 4 (Unit P)
4.PISMP Sem 5 (Unit N)
5.PISMP Sem 6 (Unit M)
6.PISMP Sem 7 (Unit L) 
7.DPLI-PPC Sem 3

Dimaklumkan bahawa tarikh Pendaftaran Kursus bermula dari 4 Januari 2016 hingga 22 Januari 2016. Semua pelajar dikehendaki mendaftar kursus sebelum 22 Januari 2016. Jika pelajar gagal membuat pendaftaran kursus, pelajar tidak layak menduduki Peperiksaan Mei 2016.

Satu salinan Pendaftaran Kursus hendaklah diserahkan kepada Unit Peperiksaan selewat-lewatnya 22 Januari 2016. Salinan tersebut perlu dicap dengan tandatangan tutor dan dihantar mengikut kelas.

Jika pelajar ada masalah dengan Pendaftaran Kursus, silalah berhubung dengan Pegawai Peperiksaan di Unit Peperiksaan.

Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

100% Keahlian Percuma

100% Keahlian Percuma
Upgread ke VIP - Percuma