“"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"--- " Peperiksaan ulangan untuk pelajar-pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 Sem 7 (Unit K), PPG Sem 8 dan PPG Sem 7 akan diadakan pada 7 Ogos 2015"--------- Pertandingan Kreatif dan Inovasi Pendidikan 2013 IPGK Ipoh: 4hbJulai 2013.Sila hadir beramai-ramai.------- Dengan segala hormatnya dijemput semua Warga IPG Kampus Ipoh ke Majlis Jasamu Dikenang, Puan Robiah Ramli (Pembantu Am Pejabat) di Unit Grafik seperti ketetapan berikut :- Tarikh : 5 Julai 2013 Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis tersebut. Sekian, terima kasih.

Wednesday, November 13, 2013

PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE SUIT PANTS BAGI PEGAWAI AWAM WANITA SEMASA BEKERJA

1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan
keputusan Kerajaan yang membenarkan pemakaian two/three - piece suit pants
bagi pegawai awam wanita semasa bekerja.

2. Peraturan mengenai etiket pakaian pegawai awam semasa bertugas
dinyatakan dalam peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] yang dijelaskan melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 mengenai Pakaian Masa Bekerja dan
Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam.
Perenggan 2.2.1 pekeliling ini menyatakan "slacks" atau pakaian seluar tidak
dibenarkan pemakaiannya bagi pegawai wanita semasa bekerja atau
menghadiri upacara rasmi.

3. Bersesuaian dengan kepelbagaian bidang yang diceburi oleh kaum
wanita dalam perkhidmatan awam ketika ini, maka Kerajaan membenarkan
pemakaian two/three - piece suit pants bagi pegawai awam wanita semasa
bekerja atau menghadiri upacara rasmi kecuali upacara tersebut telah
menetapkan pakaian tertentu. Contoh two/three - piece suit pants adalah seperti
di Lampiran A dan B.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

100% Keahlian Percuma

100% Keahlian Percuma
Upgread ke VIP - Percuma